Monday, May 28, 2012

Hamstring



Salam sejahtera..hari ini ku ingin kongsi bersama anda semua mengenai ‘hamstring’. Mungkin ramai yang dah tahu apa itu hamstring. Tapi apa yang aku ingin kongsi kan ini adalah mengenai pengalamanku mendapat kecederaan hamstring selepas terlibat dengan perlawanan sukan bola sepak. Pergh..sakit dia hanya Tuhan saja yang tahu. Walaupun tidak dapat meneruskan perlawanan pada hari itu, tapi aku perlu segera sembuh supaya dapat bermain untuk game seterusnya (Ceh, macam la dia tu STAR..orang lain byk lagi yg boleh ganti). Masa ini lah aku start mencari artikel2 dan tanya atlet2 kat UMT mengenai kecederaan hamstring ini. Gap untuk game seterusnya adalah 5 hari, boleh ke aku sembuh dalam tempoh tersebut? haha...Hasilnya terdapat lah beberapa artikel yang aku rasa dapat membantu aku sembuh dari kecederaan hamstring ini.

Sedikit maklumat mengenai hamstring, ia sebenarnya kecederaan yang berlaku pada otot utama di bahagian kaki(kebiasaanya pada paha) Katanya Drogba..”the most painful forms of leg injuries”.Boleh rujuk gambar untuk pemahaman yang lebih lanjut. 


Jadi, kecederaan hamstring ini boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor:
1. Kurang Regangan(Stretching)
2. Penggunaan maksimum penggunaan otot dan melebihi kudrat.(pihak lawan hebat sangat ni!!)
3. Faktor umur pun berkait juga, makin tua makin mudah dapat hamstring
4.  Pemain yang masih keletihan, rehat tidak cukup dan tidak cergas sepenuhnya.

Oleh demikian itu, sesuatu perlu dilakukan ini kerana jika tidak dirawat dengan betul dan secepat mungkin ia akan mengambil masa yang lama untuk kembali pulih kepada sedia kala. Setelah dikumpulkan maklumat, terdapat beberapa cara@tips yang mungkin boleh membantu aku pulih dalam masa yang lebih singkat. Antaranya ialah:

  1. Rehat dan relax secukupnya(Jgn duk gatal2 nak main bola time ni..tgk je dibolehkan)
  2. Letak Ais kat tempat sakit tu.( Sumber dari atlet b’pengalaman..tapi berkesan time first kena je, kalu dah 2-3 hari kena, XPAYAH!!)
  3. Cubalah menggunakan ubat/minyak panas ke, counterpain ke kat tempat yang sakit tu. Ini dapat membantu mengurangkan bengkak@keradangan di kawasan sakit dan pada masa yang sama dapat melancarkan peredaran darah. Kaedah ini perlu dilakukan secara berterusan dengan sedikit urutan ringan di bahagian sakit.
  4. Sentiasa melakukan regangan(kalau boleh setiap hari buat). Tapi kena pastikan juga lah aktiviti regangan itu tidak agresif dan berjalan lancar. Bertujuan untuk menambah kelancaran peredaran darah dan memastikan anda dalam keadaan flexible.
Dengan mengaplikasi kaedah2 diatas, Alhamdulillah kecederaan hamstring aku sedikit sebanyak telah pulih. Mungkin tidak pulih sepenuhnya, tapi pada game seterusnya aku dapat main.Hurray!!
Selain itu, tempoh untuk pulih tu mungkin juga bergantung pada tahap seseorang itu mendapat kecederaan hamstring. Aku mungkin tidak seteruk mana seperti pemain-pemain bola profesional, tapi dengan kaedah ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu dalam pemulihan...begitulah seadanya. Sekian

No comments:

Post a Comment